Selasa, 20 November 2018

Cerita Mission Dewasa  Sabat 8, 24 November 2018



Cerita Mission Dewasa
Sabat 8, 24 November 2018

Tajuk : Sampah Yang Mengubah Hidup

Tempat : Indonesia

Petrus Tobolu, seorang petani, sangat marah apabila dia mengetahui bahawa anak perempuannya yang berusia 19 tahun, Monika, telah dibaptiskan menjadi anggota Gereja Seventh-day Adventist.

Beliau telah berkhidmat sebagai Pastor awam bagi gereja desa Soahukum di Pulau Halmahera di Indonesia sejak 35 tahun yang lalu. Dia tidak faham
bagaimana pastor Adventist boleh membaptis anak perempuannya tanpa mendapat kebenarannya, dia bimbang bahawa ajaran Adventist adalah berasal dari syaitan.

Jadi, dia memukul Monika dengan sebatang kayu. "Tinggalkan kepercayaan kamu!" Teriaknya. Monika menangis tetapi tidak mengatakan sepatah perkataanpun. Ini membingungkan bapanya, dia tertanya-tanya mengapa anaknya itu tidak bertindak balas dengan marah. Monika adalah salah satu daripada empat orang muda yang dibaptiskan selepas kajian Alkitab dan siri penginjilan di pulau Halmahera. Mereka adalah empat orang Advent pertama di pulau itu, hasil daripada kerja dua orang pelajar penginjil.

Pada suatu hari, Monika pulang dengan sekotak buku Adventist. Marah, Petrus merampas kotak itu dan melemparkannya ke dalam lubang sampah di belakang rumah mereka. Tetapi ketika kotak jatuh ke tanah, ia pecah terbuka, menumpahkan kandungannya. Buku yang menarik pandangan Petrus: "Hari yang Hampir Dilupai" oleh penginjil Mark Finley. Dia diam-diam mengambil keluar buku itu dan dua majalah Adventist dari lubang pembuangan sampah itu.

Kemudian keesokan harinya, dia membawa buku itu bersamanya ke ladang. Tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Beliau bekerja sehingga jam 10 pagi dan kemudian mempelajari buku dan majalah itu untuk sepanjang hari selebihnya. Perkara yang sama berlaku pada hari berikutnya. Dia membandingkan ayat-ayat Alkitab dalam terbitan itu dengan ayat-ayat dalam Alkitabnya. Dia mahu melihat apakah buku itu benar. Beliau mempelajari bahan-bahan itu selama lapan bulan.

"Saya perhatikan bahawa apa yang tertulis di sana sebenarnya terdapat juga dalam Alkitab," kata Petrus.

"Saya terus belajar dan saya kagum dengan apa yang saya pelajari mengenai hari Sabat."

Selepas dia memahami bahawa Sabtu adalah Sabat Alkitab, dia mula berkhotbah tentang Sabat di gerejanya.

"Kenapa kita tidak beribadah pada hari Sabtu?" Katanya." Jika kita tidak mengikuti apa yang dikatakan Alkitab, maka mengapa kita mempunyai Alkitab?"

Selepas khutbah itu, para anggota gereja yang terkejut mendekati beliau. "Tiada siapapun yang berkhotbah seperti ini sejak sekian lama," kata seorang.

"Mungkin anda ingin membawa doktrin baru?" Kata seorang lagi.

Petrus tidak menyangka bahawa dia memperkenalkan ajaran Adventist kepada gereja. Dia memahami kebenaran sesuai dengan Alkitab, dan dia hanya berusaha untuk memberitakan kebenaran. Akhirnya, dia memutuskan untuk beribadah pada hari Sabtu.

Apabila kakak Petrus mendengar tentang keyakinannya, dia menyarankan agar Petrus bergabung dengan Gereja Seventh-day Adventist. Dia (kakak Petrus) telah mendengar tentang gereja itu dari anak perempuannya, yang telah belajar di Universiti Klabat yang dimiliki oleh Adventist di pulau Sulawesi.

Beberapa waktu kemudian, beberapa pendeta Adventist melawat pulau Petrus, dia menjemput mereka untuk beribadah di gerejanya. Bagaimanapun, sekumpulan anggota gereja menyerang gereja itu dengan batu sementara pastor berada di dalam, Petrus terpaksa menyuruh para pendeta tersebut keluar dari kampung demi keselamatan.

Para penduduk kampung sedang menunggu petrus dengan kayu pemukul apabila dia kembali, tetapi dia berjaya menghindari mereka dan meninggalkan kampung itu. Dia mahu dibaptiskan ke dalam Gereja Adventist.

Petrus membawa keluarganya ke Manado, sebuah bandar raya di mana ramai orang Adventist berhampiran Universiti Klabat. Dia menghadiri siri penginjilan di sana. Dia dibaptiskan.

Apabila dia dan keluarganya pulang ke rumah, mereka mendapati rumah mereka diduduki oleh orang lain. Mereka berpindah ke pondok kecil di ladang mereka, dan tinggal di sana selama dua bulan. Dua orang anak Petrus yang lain, anak lelaki berusia 13 dan 17 tahun, dibaptiskan.

"Penduduk kampung masih melarang kami beribadah pada hari Sabat, jadi kami berpindah ke Manado untuk memperdalam pemahaman kami tentang Alkitab," kata Petrus.

Dua tahun kemudian, mereka pulang ke rumah dan mula membina persahabatan semula dengan penduduk kampung.

"Kami bergaul dengan masyarakat dan berkongsi, "kata Petrus.

"Kami bermula dengan sanak saudara saya. Dalam tiga tahun, kami mempunyai 27 anggota yang telah dibaptiskan dan membangunkan sebuah gereja."

Hari ini, Petrus berusia 50 tahun dan menjadi elder gereja. Beliau mengetuai siri penginjilan pertama di kampung itu pada September 2017, tiga orang dibaptiskan.

"Penduduk kampung,bermula dengan saya, menganiaya Adventist pada
mulanya," katanya.

"Tetapi hari ini lapan keluarga beribadah bersama setiap hari Sabat."

Tontoni klip video Petrus di pautan : bit.ly/Petrus-Tobolu

FAKTA RINGKAS :

 Daripada 17,508 buah pulau Indonesia, hanya sahaja kira-kira 6,000 buah
saja yang berpenghuni.

 Indonesia adalah penempatan kepada ribuan flora dan fauna yang berbeza, menjadikannya negara kedua tertinggi biodiversiti di dunia selepas Brazil.

 Indonesia adalah satu-satunya tempat didunia terdapat biawak Komodo di alam liar.

 Indonesia terletak di lingkaran api Pasifik dan tempat kepada kira-kira 150 gunung berapi, kebanyakannya tidak aktif tetapi negara ini mengalami satu letusan gunung berapi dan satu gempa bumi yang kuat pertahun.

Selamat Hari Sabat!
24 November 2018

1 ulasan:

  1. Casino Site ᐈ 100% up to $1000 Welcome Bonus - Lucky Club
    Welcome to the world of Online Casino. Enjoy the 카지노사이트luckclub best online casino experience on your mobile and tablet. ✓ Sign Up now ✓ Deposit

    BalasPadam