Ahad, 25 November 2018
Cerita Mission Dewasa Sabat 9, 01 Disember 2018
Cerita Mission Dewasa
Sabat 9, 01 Disember 2018
DIRACUNI OLEH SEORANG IBU
Oleh : Desi Natalia Ango, 21 Tahun
Indonesia
Desi Natalia Ango yang berumur 18 tahun pada masa itu, begitu gembira sekali ketika mendapat tugas untuk menjadi misionaris selama satu tahun di Limbong yang berada di sebelah selatan pulau Sulawesi di Indonesia.
Desi fikir bahawa dia akan ditempatkan di sebuah bandar besar. Tetapi ketika dia bersama rakannya tiba di pejabat konferens, mereka dihantar dengan sebuah kenderaan dalam perjalanan selama tiga jam. Kemudian mereka menumpang motorsikal selama lima jam di atas bukit. Jalan raya yang dilalui sangat licin, dan Desi sering terjatuh dari motorsikal.
Ketika perjalanan itu berakhir, para remaja wanita itu baru tahu bahawa mereka masih meneruskan pendakian selama lapan jam. Tetapi terlebih dahulu, mereka terpaksa berhenti di sebuah pejabat kerajaan di hujung jalan itu untuk mendapatkan keizinan mendaki bukit atau gunung tersebut.
Beberapa orang dari Limbong berada di pejabat dan mereka dengan senang hati menghantar Desi ke kampung dan mengumumkan berita baik itu.
Ketika para misionaris muda itu tiba, penduduk kampung menyambut mereka dengan upacara tradisional. Seekor ayam muda berbulu dan berkaki hitam dibakar, direbus, dan dihidangkan kepada para tetamu. Sedangkan penduduk kampung sendiri hanya menyantap daging ayam yang biasa sahaja.
"Kami tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa mereka dan tidak memahami apa yang mereka katakan," kata Desi.
"Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan."
Yang lebih penting lagi, dia tidak tahu bagaimana memperdengarkan kisah Yesus. Dia bersama rakannya berpuasa dan berdoa selama dua hari.
Charcoal (Arang Bubuk) Dan Pepaya
Pada hari kedua, seorang wanita dari kampung meminta pertolongan. Dia membawa dua misionaris itu kepada ibunya, Indo Reko, yang terlantar sakit di tempat tidur. Wanita tua itu menderita kerana pendarahan, seperti kisah wanita yang disembuhkan Yesus dalam Markus 5:25-34. Para misionaris itu tidak memiliki pengalaman dalam perubatan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tetapi mereka memiliki charcoal, dan mereka mencampurkan dua sudu arang bubuk itu dengan air dan meminta izin untuk berdoa.
"Kami berdoa : Tuhan, kami percaya bahawa Engkau dapat menyembuhkan wanita ini dengan charcoal"' doa Desi.
"Tetapi kami berfikir: Apakah lagi yang dapat kami lakukan.
Mereka memutuskan untuk menghubungi kampus 1,000 Missionary Movement, organisasi yang mengirimkan mereka ke kampung itu. Untuk mendapatkan isyarat telepon bimbit, mereka terpaksa mendaki beberapa jam lagi ke atas gunung. Panggilan telepon itu berjaya, dan seorang penjaga dari kampus memberi saranan kepada para remaja wanita itu untuk mencampurkan sebuah betik kecil—beserta bijinya—dengan sebuah pisang berukuran sederhana, dan memberikannya kepada Indo.
Kembali ke rumah Indo, Desi memberitahukan wanita itu: "Kami adalah orang Kristen, dan percaya bahwa Yesus akan menolong Anda. Jika Anda makan ini, Anda akan menjadi lebih baik."
Kedua misionaris itu memberikan campuran betik dan pisang itu kepada Indo setiap hari selama 30 hari. Mereka juga mengajarnya supaya tidak memakan makanan haram. Ketika waktu sebulan itu berakhir, pendarahan ibu itu berhenti dan Indo pun sembuh.
Peringatan tentang Racun
Penduduk kampung menghargai pertolongan itu, dan mereka mulai memberikan nasihat-nasihat. Satu persatu mereka memberitahukan para misionaris itu untuk menjauhii sebuah rumah di kampung itu.
"Jangan pergi ke sana kerana kamu akan diracuni," mereka memberi peringatan.
Para misionaris mengabaikan nasihat itu kerana percaya bahawa Tuhan mengirim mereka ke semua keluarga di kampung itu.
Ketika mereka mengetuk pintu rumah itu, seorang wanita berusia 30 tahun menyambut mereka dengan sukacita dan segera menawarkan makanan dan minuman.
Desi menatap ubi kayu dan jagung ungu itu dan menoleh kepada rakan misionarisnya.
"Kamu duluan," katanya. Rakannya menyiku dan berkata:" Tidak, kamu duluan."
Desi bertanya kepada wanita itu, yang dikenali sebagai Mama Wandi, apakah mereka boleh berdoa bersama sebelum makan.
"Kami orang Kristen," kata Desi.
"Kami percaya pada doa dalam segala sesuatu yang kami lakukan."
Setelah berdoa, dua orang wanita itu menyantap makanan yang disajikan dan tidak terjadi apa-apa.
Mama Wandi mengundang para misionaris itu untuk datang pada keesokan harinya dan menghidangkan mereka makanan lagi. Mereka berdoa dan tidak ada hal buruk yang terjadi. Hal ini terjadi setiap hari selama dua minggu. Akhirnya, Mama Wandi berkata kepada orang kampung itu: "Para misionaris ini bukan orang biasa. Saya sudah meracuni makanan mereka selama dua minggu tetapi mereka masih tidak sakit!"
Kisah ini tersebar ke seluruh kampung bahawa para misionaris ini kebal terhadap racun, dan ramai orang yang datang kepada mereka untuk mendengar cerita tentang Tuhan mereka.
Desi sekarang berusia 21 tahun dan sedang belajar dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggris di Universitas Klabat, sebuah sekolah Advent di hujung utara pulau Sulawesi. Dia berharap dapat kembali ke kampung itu setelah menamatkan pengajian dan membuka sebuah sekolah tadika. Dia telah berkunjung ke sana selama beberapa kali sejak kunjungannya yang pertama, dan dia sangat gembiea kerana Mama Wandi sekarang sedang belajar Alkitab.
"Satu hal dari Alkitab yang sungguh menguatkan kami sepanjang tahun itu adalah Ayub 42:2, yang berbunyi: 'Aku tahu, bahwa Engkau sanggup melakukan segala sesuatu, dan tidak ada rencana-Mu yang gagal kata Desi. "Tuhan benar-benar dapat melakukan apa saja."
Terima kasih untuk persembahan misi Anda yang menyokong pekerjaan penginjilan para misionaris di seluruh dunia.
Selamat Hari Sabat!
01 Disember 2018
Selasa, 20 November 2018
Cerita Mission Dewasa Sabat 8, 24 November 2018
Cerita Mission Dewasa
Sabat 8, 24 November 2018
Tajuk : Sampah Yang Mengubah Hidup
Tempat : Indonesia
Petrus Tobolu, seorang petani, sangat marah apabila dia mengetahui bahawa anak perempuannya yang berusia 19 tahun, Monika, telah dibaptiskan menjadi anggota Gereja Seventh-day Adventist.
Beliau telah berkhidmat sebagai Pastor awam bagi gereja desa Soahukum di Pulau Halmahera di Indonesia sejak 35 tahun yang lalu. Dia tidak faham
bagaimana pastor Adventist boleh membaptis anak perempuannya tanpa mendapat kebenarannya, dia bimbang bahawa ajaran Adventist adalah berasal dari syaitan.
Jadi, dia memukul Monika dengan sebatang kayu. "Tinggalkan kepercayaan kamu!" Teriaknya. Monika menangis tetapi tidak mengatakan sepatah perkataanpun. Ini membingungkan bapanya, dia tertanya-tanya mengapa anaknya itu tidak bertindak balas dengan marah. Monika adalah salah satu daripada empat orang muda yang dibaptiskan selepas kajian Alkitab dan siri penginjilan di pulau Halmahera. Mereka adalah empat orang Advent pertama di pulau itu, hasil daripada kerja dua orang pelajar penginjil.
Pada suatu hari, Monika pulang dengan sekotak buku Adventist. Marah, Petrus merampas kotak itu dan melemparkannya ke dalam lubang sampah di belakang rumah mereka. Tetapi ketika kotak jatuh ke tanah, ia pecah terbuka, menumpahkan kandungannya. Buku yang menarik pandangan Petrus: "Hari yang Hampir Dilupai" oleh penginjil Mark Finley. Dia diam-diam mengambil keluar buku itu dan dua majalah Adventist dari lubang pembuangan sampah itu.
Kemudian keesokan harinya, dia membawa buku itu bersamanya ke ladang. Tetapi dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya. Beliau bekerja sehingga jam 10 pagi dan kemudian mempelajari buku dan majalah itu untuk sepanjang hari selebihnya. Perkara yang sama berlaku pada hari berikutnya. Dia membandingkan ayat-ayat Alkitab dalam terbitan itu dengan ayat-ayat dalam Alkitabnya. Dia mahu melihat apakah buku itu benar. Beliau mempelajari bahan-bahan itu selama lapan bulan.
"Saya perhatikan bahawa apa yang tertulis di sana sebenarnya terdapat juga dalam Alkitab," kata Petrus.
"Saya terus belajar dan saya kagum dengan apa yang saya pelajari mengenai hari Sabat."
Selepas dia memahami bahawa Sabtu adalah Sabat Alkitab, dia mula berkhotbah tentang Sabat di gerejanya.
"Kenapa kita tidak beribadah pada hari Sabtu?" Katanya." Jika kita tidak mengikuti apa yang dikatakan Alkitab, maka mengapa kita mempunyai Alkitab?"
Selepas khutbah itu, para anggota gereja yang terkejut mendekati beliau. "Tiada siapapun yang berkhotbah seperti ini sejak sekian lama," kata seorang.
"Mungkin anda ingin membawa doktrin baru?" Kata seorang lagi.
Petrus tidak menyangka bahawa dia memperkenalkan ajaran Adventist kepada gereja. Dia memahami kebenaran sesuai dengan Alkitab, dan dia hanya berusaha untuk memberitakan kebenaran. Akhirnya, dia memutuskan untuk beribadah pada hari Sabtu.
Apabila kakak Petrus mendengar tentang keyakinannya, dia menyarankan agar Petrus bergabung dengan Gereja Seventh-day Adventist. Dia (kakak Petrus) telah mendengar tentang gereja itu dari anak perempuannya, yang telah belajar di Universiti Klabat yang dimiliki oleh Adventist di pulau Sulawesi.
Beberapa waktu kemudian, beberapa pendeta Adventist melawat pulau Petrus, dia menjemput mereka untuk beribadah di gerejanya. Bagaimanapun, sekumpulan anggota gereja menyerang gereja itu dengan batu sementara pastor berada di dalam, Petrus terpaksa menyuruh para pendeta tersebut keluar dari kampung demi keselamatan.
Para penduduk kampung sedang menunggu petrus dengan kayu pemukul apabila dia kembali, tetapi dia berjaya menghindari mereka dan meninggalkan kampung itu. Dia mahu dibaptiskan ke dalam Gereja Adventist.
Petrus membawa keluarganya ke Manado, sebuah bandar raya di mana ramai orang Adventist berhampiran Universiti Klabat. Dia menghadiri siri penginjilan di sana. Dia dibaptiskan.
Apabila dia dan keluarganya pulang ke rumah, mereka mendapati rumah mereka diduduki oleh orang lain. Mereka berpindah ke pondok kecil di ladang mereka, dan tinggal di sana selama dua bulan. Dua orang anak Petrus yang lain, anak lelaki berusia 13 dan 17 tahun, dibaptiskan.
"Penduduk kampung masih melarang kami beribadah pada hari Sabat, jadi kami berpindah ke Manado untuk memperdalam pemahaman kami tentang Alkitab," kata Petrus.
Dua tahun kemudian, mereka pulang ke rumah dan mula membina persahabatan semula dengan penduduk kampung.
"Kami bergaul dengan masyarakat dan berkongsi, "kata Petrus.
"Kami bermula dengan sanak saudara saya. Dalam tiga tahun, kami mempunyai 27 anggota yang telah dibaptiskan dan membangunkan sebuah gereja."
Hari ini, Petrus berusia 50 tahun dan menjadi elder gereja. Beliau mengetuai siri penginjilan pertama di kampung itu pada September 2017, tiga orang dibaptiskan.
"Penduduk kampung,bermula dengan saya, menganiaya Adventist pada
mulanya," katanya.
"Tetapi hari ini lapan keluarga beribadah bersama setiap hari Sabat."
Tontoni klip video Petrus di pautan : bit.ly/Petrus-Tobolu
FAKTA RINGKAS :
Daripada 17,508 buah pulau Indonesia, hanya sahaja kira-kira 6,000 buah
saja yang berpenghuni.
Indonesia adalah penempatan kepada ribuan flora dan fauna yang berbeza, menjadikannya negara kedua tertinggi biodiversiti di dunia selepas Brazil.
Indonesia adalah satu-satunya tempat didunia terdapat biawak Komodo di alam liar.
Indonesia terletak di lingkaran api Pasifik dan tempat kepada kira-kira 150 gunung berapi, kebanyakannya tidak aktif tetapi negara ini mengalami satu letusan gunung berapi dan satu gempa bumi yang kuat pertahun.
Selamat Hari Sabat!
24 November 2018
Jumaat, 9 November 2018
CERITA MISSION DEWASA SABAT KE-7, 17 NOVEMBER 2018
CERITA MISSION DEWASA
SABAT KE-7, 17 NOVEMBER 2018
KESEMBUHAN MELALUI JERUK NIPIS
Oleh : Ceren Wuysan, 27 Tahun
Indonesia
Mintalah seorang pemuda untuk menceritakan kisah ini dalam bahasa orang pertama.
Pesawat misi itu menurunkan saya dan rakan saya di kaki pergunungan Papua, Indonesia.
Kami pergi ke sebuah bandar untuk berbelanja keperluan di minit-minit terakhir sebelum mendaki pergunungan itu untuk melakukan tugas kami sebagai misionaris. Kami tidak memiliki banyak wang, tetapi kami mencari apa yang kami perlukan di pasar induk: Satu bakul jeruk nipis hijau. Kami menyukai jeruk nipis, dan kami tahu bahawa kami tidak akan menemukannya di atas bukit.
Dua minggu kemudian, kami sudah berada di kampung pergunungan Tinibil, dan kami belum tahu bagaimana cara mewartakan Yesus di sana. Kami menerima latihan dari 1000 Missionary Movement, yang mengirim kami ke kampung itu, tetapi kami tidak dapat menemukan cara bagaimana untuk membuat penduduk kampung itu tertarik kepada Injil.
Kami ingat bahawa jika kami tidak tahu apa yang harus dilakukan, kami diajarkan untuk berdoa. Jadi, kami pun berdoa.
Pada suatu hari saat kami mendaki menyusuri kampung-kampung itu, seorang lelaki dari kampung tempat kami menginap meminta kami untuk melihat saudaranya yang buta, bernama Marius. Kami pergi ke rumah Marius dan bertanya kepadanya apakah yang menyebabkannya buta dua tahun yang lalu.
"Saya tidak tahu," katanya, sambil menggelengkan kepala. "Kejadiannya begitu mendadak."
Tapi orang lain di kampung itu tidak ragu-ragu mengenai penyebab kebutaan itu. Mereka menyalahkan roh-roh jahat.
Marius dan keluarganya meminta pertolongan. Mereka meminta ubat dan doa.
Saya dan rakan saya tidak tahu bagaimana harus bertindak. Kami kembali ke rumah tempat kami menginap dan berdoa: "Tuhan, jika ini adalah jalan untuk memulai pekerjaan misi ini, tolong lakukan sebuah mukjizat."
Kami teringat akan bakul berisi jeruk nipis yang kami beli di bawah bukit. Kami bukan doktor, tetapi kami tahu bahawa jeruk nipis boleh digunakan dalam perubatan. Maka kami membawa jeruk nipis ketika berkunjung ke rumah Marius pada keesokan harinya.
Kami memotong jeruk nipis itu menjadi dua dan berdoa. Kemudian kami membubuhkan beberapa titis air perahan jeruk nipis itu ke mata Marius. Lalu kami kembali berdoa.
Kami melakukan hal ini setiap pagi dan petang selama seminggu. Tidak ada sesuatu pun yang terjadi, dan kami hampir berputus asa. Tetapi setelah masuk minggu kedua, Marius memberitahu kami bahawa dia dapat melihat cahaya untuk pertama kalinya dalam dua tahun ini. Kami pun bersemangat dan berdoa lebih giat lagi.
Satu bulan berlalu, dan pada suatu hari Marius mengatakan bahwa dia dapat melihat sedikit.
Pada hari yang sama, kami kehabisan jeruk nipis. Kami tidak memaklumkan kepada Marius bahawa kami tidak memiliki jeruk nipis lagi. Kami hanya memberitahunya: "Mulai sekarang, kita akan melakukan terapi yang baru. Kita hanya berdoa saja."
Beberapa minggu kemudian, kami tiba di sana menyaksikan Marius berjalan-jalan di dekat rumahnya. Dia berjalan disekeliling dengan bebas. Dia sudah dapat melihat. Marius memberitahukan kepada kami bahawa penglihatannya belum sempurna tetapi dia sudah mampu melihat untuk dapat menjalani kehidupan normal.
Marius sangat bersukacita, dan dia memberitahukan hal ini kepada penduduk kampung yang lain bahawa Yesus telah mengembalikan penglihatannya dengan mengalahkan roh-roh jahat.
Hal ini membuka pintu bagi kami untuk memberitakan Injil. Berita tentang mukjizat itu tersebar di pergunungan itu, dan orang mulai meminta kami untuk didoakan dan diubati. Mereka ingin sangat untuk memanggil kami "pendeta" dan "doktor," walaupun kami bukanlah pendeta atau pun doktor. Mereka ingin belajar Alkitab. Ini adalah sebuah jawaban doa. Tujuh orang dibaptis.
Terima kasih untuk persembahan misi Anda yang membantu penyebaran Injil di sudut-sudut terpencil di dunia, bahkan ke atas sebuah bukit di Indonesia.
Tips Cerita :
Ceren melayani sebagai misionaris pada tahun 2016. Dia sekarang menjadi mahasiswa teologi di Universitas Klabat dekat Manado, Indonesia.
Jangan mencuba di rumah untuk mengubati mata dengan air jeruk nipis.
Pos Misi :
- Gereja Seventh-Day Adventist di Indonesia dibahagikan menjadi Uni Indonesia Kawasan Timur, dengan pejabat pusat di Sulawesi, dan Uni Indonesia Kawasan Barat, dengan pejabat pusat di Jakarta.
- Karya Advent di Indonesia bermula pada tahun 1900, ketika R.W. Munson, yang dahulunya adalah misionaris untuk gereja lain di Singapura, memulai sebuah karya misi di Padang, di sisi barat pantai Sumatera. Orang pertama yang bertaubat adalah Tay Hong Siang, seorang pengkhotbah keturunan Tionghoa, yang pernah menghuni pusat penjagaan Munson di Singapura bertahun-tahun sebelumnya. Pada tahun 1903, Kepulauan Hindia Timur ini menjadi ladang misi bagi Australasian Union Conference.
- Pada tahun 1905, Immanuel Siregar, dari tanah Batak, menerima iman Advent setelah belajar Alkitab bersama R.W. Munson dan menjadi orang Indonesia pertama yang bertaubat. Dia kemudian kembali ke Sumatera Utara, tanah Batak yang masih kanibal, sambil membawa pekhabaran itu bagi sukunya.
Selamat Hari Sabat!
Langgan:
Catatan (Atom)